Selasa, 10 November 2015

Kalimah Allah strategi Kristian sebar dakyah kepada umat Islam


Oleh Athirah Huda Zalhe

GOMBAK, Selasa – Penggunaan kalimah Allah yang pernah diperdebatkan oleh penganut Kristian hanyalah strategi dan helah mereka untuk menyebarkan dakyah agama itu kepada orang Islam di Malaysia.

Naib Presiden MUAFAKAT, A. Karim Omar berkata golongan ini menukar beberapa istilah yang terdapat dalam bible dengan istilah yang mesra dengan orang Islam.

“Beberapa istilah dalam bible dah ditukar oleh mereka untuk kelihatan mesra dengan kita supaya orang Islam tidak rasa asing dengan bible.

“Bagi yang tidak tahu, sudah tentu mereka yakin dengan bible kerana kandungannya ada penggunaan Isa, Yunus dan Allah,” katanya dalam Seminar Pendedahan Ancaman Rencana Kristianisasi (SPARK) di Gombak, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, strategi penukaran penggunaan istilah didalam bible tidak hanya berlaku kepada orang Islam malah kepada penganut Hindu.

“Bila penyebar agama ini (Kristian) jumpa dengan orang Hindu, dia tak akan guna Allah sebaliknya dia guna Tuhan Hindu iaitu Iswar.

“Modus operandinya sama sahaja iaitu menukarkan penggunaan istilah didalam bible supaya mesra dengan mana-mana agama sahaja,” katanya.

Katanya, penyebaran dakyah itu sangat licik dan penuh helah sehingga ia sudah menular dalam kalangan pelajar di negara ini.

“Mereka mengucap dua kalimah syahadah tetapi mereka percaya bahawa Jesus menolong mereka.

“Mereka kekalkan cara hidup Islam sebagai budaya tetapi meletakkan kepercayaan kepada Jesus,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan