Selasa, 29 Mac 2016

Nasi Ambeng - Juadah tradisi kebangaan masyarakat Jawa

Nasi Ambeng merupakan juadah tradisi masyarakat Jawa di Malaysia. Menurut orang-orang Jawa, Nasi Ambeng berasal dari Kepulauan Jawa di Indonesia, kemudiannya dibawa ke Tanah Melayu dan Singapura oleh masyarakat Jawa yang berhijrah dari Tanah Jawa.

 Sehingga kini, juadah Nasi Ambeng masih dikenali masyarakat terutamanya dikalangan masyarakat yang kuat mengamalkan adat dan budaya Jawa.
Nasi Ambeng secara tradisinya dihidangkan ketika orang-orang kampung di kalangan masyarakat Jawa mengadakan majlis tahlil, ‘selamatan’ atau ‘yasinan’. Secara simboliknya, cara menyediakan nasi ambeng dilihat sebagai satu kerjasama serta sama-sama berkongsi rasa syukur dengan rezeki yang ada.
Nasi Ambeng merupakan gabungan beberapa juadah yang diletakkan di dalam sebuah dulang besar dan dilapik serta ditutup dengan daun pisang.
 Antara juadah yang digabungkan menjadi satu gabungan juadah yang dipanggil nasi ambeng ialah nasi putih, ayam, sama ada seekor ayam dibelah empat atau ayam ungkep atau ayam masak kicap, pegedil, ikan kering goreng, serunding kelapa, mee goreng, sambal tempe dan suhun goreng, telur rebus serta sayur-sayur ulam yang direbus contohnya kangkong, pucuk ubi atau paku rawan/ginjer rebus.
 Namun, lauk pauk yang digabungkan adalah berbeza mengikut kebiasaan orang-orang jawa di kampung-kampung atau daerah-daerah tertentu.
Nasi Ambeng yang dihidangkan di dalam dulang, akan dimakan oleh tiga atau empat orang sahaja. Namun ia bukan bermaksud, mereka perlu menghabiskan kesemua juadah yang disediakan tersebut. Bagi masyarakat Jawa, individu yang hadir ke majlis-majlis kenduri itu hanya makan sedikit sahaja, kemudiannya, akan dibahagi-bahagikan sama banyak lauk pauk tersebut bersama nasi putih untuk dibawa pulang. Daun pisang yang menutupi hidangan tersebut akan digunakan untuk membungkus nasi ambeng dengan cara membungkus yang agak unik.
Kini, nasi ambeng bukan hanya didapati ketika masjlis-majlis kenduri tahli dan dosa selamat sahaja, bahkan terdapat peniaga yang menjual serta menyediakan juadah nasi ambeng di restoran-restoran dan warung-warung. 
Bahkan, nasi ambeng yang menjadi kebangggan masyarakat Jawa bukan hanya diminati dan dikenali oleh orang Jawa sahaja, ia juga diminati oleh etnik Melayu yang lain. ia juga diminati oleh masyarakat bukan Melayu seperti Cina dan India.
 Terdapat juga pengusaha nasi ambeng yang menyediakan juadah nasi ambeng untuk tempahan majlis-majlis kenduri di kampung-kampung juga di bandar-bandar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan