Sabtu, 23 April 2016

Perlis negeri paling panas

Stesen Meteorologi Chuping di Perlis mencatatkan bacaan suhu 37.2 darjah Celsius.
KUALA LUMPUR: Hanya Stesen Meteorologi Chuping di Perlis yang mencatatkan bacaan suhu melebihi 37 darjah Celsius hari ini berikutan cuaca panas akibat fenomena El Nino ketika ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam satu kenyataan berkata sehingga jam 4 petang semalam, Stesen Meteorologi Chuping di Perlis itu mencatatkan bacaan suhu 37.2 darjah Celsius.

Beliau berkata, tiga kawasan mencatatkan bilangan hari tanpa hujan melebihi 10 hari sehingga semalam ialah masing-masing 19 hari di Kota Baharu dan Machang, Kelantan serta 11 hari di Kudat, Sabah.

“Klang dan Kuala Selangor, Selangor; Kota Tinggi, Johor; Rompin, Pahang serta Kota Kinabalu, Sabah mencatatkan bilangan hari tanpa hujan selama tujuh hingga sembilan hari,” katanya.

Madius berkata, operasi pembenihan awan hari ini juga diadakan di beberapa kawasan.

“Operasi tersebut berjaya menghasilkan hujan di kawasan tadahan Bukit Larut, Perak; empangan Bukit Merah dan Air Kuning, Perak; empangan Sepri, Negeri Sembilan dan empangan Durian Tunggal, Melaka,” katanya.

– BERNAMA

Rabu, 6 April 2016

Khasiat biji selasih memang sesuai untuk musim panas

Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Mungkin biasa makan tetapi belum tahu khasiat biji selasih. Jadi kali ini anda pasti puas hati jika dapat mencuba dan 'bedah' sendiri tentang beberapa zat yang terkandung dalam biji selasih. Rujuk info ini...

1. Dapat mengurangkan panas badan.

2. Cukup berkhasiat untuk menguatkan organ hati.

3 Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).

4. Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.

5. Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.

6. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.

7. Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.

Biji selasih digunakan untuk merawat sembelit dan heartburn. Selain itu biji selasih ada khasiat lain, seperti minyaknya boleh digunakan sebagai bahan aroma terapi dan minyak wangi. Biji selasih juga boleh merawat pelbagai penyakit. Di CHina, biji selasih digunakan untuk merawat penyakit jangkitan, sakit perut, gigitan serangga, penawar demam, selera makan, membantu penghadaman, jantung, batuk dan mengurangkan panas demam.

Biji selasih boleh dimakan bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. Waktu terbaik untuk mengambilnya ialah sebelum tidur. Biji selasih berkesan sebagai antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam badan melalui darah dengan itu ia membersihkan darah.

Pada waktu malam semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan kesemua toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. Rasa kembong akan hilang dan anda akan rasa segar semula.

Sutter Gould Medical Foundation menyatakan biji selasih boleh mengawal gula dalam darah bagi pesakit kencing manis Type 2. Biji selasih dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan. Sifat selaput gelatin biji selasih yang telah direndam digunakan sebagai bahan dalam minuman dan mengenyangkan, boleh menyebabkan kehilangan selera makan jika diambil sebelum waktu makan.

Ahad, 3 April 2016

Selasih

SELASIH
Nama Botani: Ocimum basilicum Linn.

Nama lain: Sweet Basil, French Basil(Inggeris), Barbar,Tulsi (Hindi), Raihan (Arabic),Bai horapa (Thai)

Pengenalan:
Selasih merupakan satu darpadai spesies tumbahan yang secara umumnya di kenali sebagai basil. Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimun ini dan spesies basilicum merupakan yang terpenting. Ia telah lama diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak pati.

 Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Selatan. Kini tersebar luas di kawasan panas di kedua-dua hemispera dari aras laut hingga lebih kurang 1,800 m tinggi.

 Walau pun tanaman selasih telah berabad-abad lamanya berada di negara kita, namun ia masih ditanam dikawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan sendiri.Selasih ialah sejenis tanaman semusim yang tumbuh menegak dengan ketinggian antara 30–90 cm. Batangnya bersegi dan berwarna sama ada hijau, ungu atau perang. Daunnya berwarna hijau pekat, tunggal dan berbentuk bujur telur (‘ovate’). Di negara ini pada kebiasaannya pembungaan bagi tanaman dari biji benih bermula selepas lebih kurang 75 hari selepas di tanam ke ladang. Bunganya terdapat dibahagian hujung batang dan dahan pokok. Keseluruhan bahagian tumbuhan boleh mengeluarkan bauan yang sangat beraroma.

Khasiat dan Kegunaan:
Tanaman selasih mempunyai berbagai-bagai kegunaan. Di Malaysia tumbuhan ini digunakan dalam masakan dan dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Di Amerika pula disebabkan kecantikan dan bau yang menarik beberapa baka terpilih telah jadikan sebagai tanaman landskap dan tanaman hiasan.

 Di samping itu ia dianggap sebagai salah satu herba kulinari yang terkenal dan juga dijual sebagai bunga segar dan produk kering. Minyak pati yang dihasilkan melalui pengekstrakan daun dan bunga digunakan dalam industri minyak wangi, farmasiutikal, aromaterapi dan makanan dengan manfaatkan bauan dan perisa yang asli.